ALUAN GURU BESAR

                                 Asslamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
            Syukur Alhamdulillah kita panjatkan rasa kesyukuran kepada yang maha Kuasa atas inayahnya membuka minda guru-guru Pendidikan Agama Islam SK Kuala Kubang akhirnya wujudlah satu Blog yang direka khusus untuk Musolla sekolah SK Kuala Kubang Jerteh Besut,Terengganu. Blog ini nampak agak terlalu "simple" mungkin ini adalah satu titik permulaan bagi guru-guru Pendidikan Islam. Inovasi dan kretaiviti ini lah yang perlu kita selalu cari dan
kita jelmakan di kalangan Guru-guru Kita.
           Keinginan membina sesuatu yang baru inilah yang perlu kita cari. Harapan saya dengan adanya Blog ini, bukan sahaja memberi input dan iformasi kepada semua pengujungnya , malahan ia juga boleh di jadikan suatu media untuk penyampaian ilmu-ilmu yang amat berguna bagi mengimarahkan lagi Musolla yang ada di sekolah ini.
           Sesuai dengan perkembangan semasa, bidang teknologi maklumat harus di cebur dan di segarkan di kalangan semua guru tidak kira mereka itu guru matapelajaran apa. Kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang dan lari dari perkembangan masakini. Semoga Blog ini akan terus di kemaskini dan ditampalkan dengan ilmu-ilmu akhirat yang boleh kita kongsikan bersama.
          Akhir sekali, sekali lagi jutaan tahniah kepada semua guru yang sama-sama membina blog ini semoga kerja buat kita yang dilakukan dengan "tanpa Syarat" ini akan mendapat keberkatan dari Allah swt.
                                                   Wabillah hitaufik walhidayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan